Dua direman kes tuntutan palsu Perkeso lebih RM540,000

Dua individu direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM540,000.
Dua individu direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM540,000.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua individu direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM540,000.

Perintah reman selama enam hari sehingga 19 Julai dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap seorang lelaki berusia 36 tahun dan lima hari sehingga 18 Julai terhadap seorang wanita berumur 50 tahun selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Seorang lagi individu yang merupakan bapa kepada suspek lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan SPRM semalam.

Ketiga-tiga individu itu ditahan selepas memberi keterangan di SPRM di sini kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai pampasan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Menurut laporan media, ketiga-tiga individu tersebut dipercayai mendalangi sindiket yang membuat tuntutan palsu bagi laporan perubatan Orang Berinsurans (OB) dalam kalangan pencarum Perkeso yang membuat permohonan tuntutan hilang upaya sementara atau kekal dan Pencen ILAT, pada sekitar tahun 2009 hingga 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan: