Tak nak kena marah, lelaki acu pisau di leher ibu lumpuh

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur tergamak mengacukan pisau di leher ibunya yang lumpuh kerana tidak mahu dimarahi oleh abangnya dalam kejadian di Kampung Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun bertengkar dengan abangnya, 36, kerana dia mengambil dompet milik lelaki itu yang bekerja sebagai mekanik.

"Suspek telah menumbuk badan abangnya beberapa kali. Selepas itu, suspek mengambil sebilah pisau dan meletakkan pada leher ibunya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Ketika kejadian, mangsa yang berusia 60 tahun dan lumpuh berada di ruang tamu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dipercayai berbuat sedemikian kerana tidak mahu dimarahi abangnya

"Susulan itu, abang mangsa menelefon polis. Suspek tinggal bersama beberapa ahli keluarga lain. Suspek juga didakwa sering mengamuk dan mengganggu orang kampung sebelum ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: