X

Kindly register in order to view this article
!

Pam dalam kilang kimia terbakar

Pihak bomba mengawal kebakaran dalam sebuah kilang kimia antarabangsa di Jalan Pekeliling Timur, Pasir Gudang, hari ini.
A
A

PASIR GUDANG - Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kebakaran dalam sebuah kilang kimia antarabangsa daripada terus merebak dan meletup di Jalan Pekeliling Timur di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.35 pagi itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan dibantu lapan ahli Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang tersebut terlibat memadamkan kebakaran.

Kerja-kerja pemadaman turut mendapat bantuan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Light Fire Rescue Team (LFRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Ketua Operasinya, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, kebakaran melibatkan pam petro chemical yang digunakan untuk memanaskan tangki boiler.

"Pihak bomba menggunakan dua aliran 100 kaki dengan dua pancutan bagi memadamkan kebakaran. Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.

"Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 5.01 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 5.37 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus