'Pelantikan Azalina tepat pada masanya'

Ahli Parlimen Wanita PN yang diketuai Zuraida pada sidang akhbar di Parlimen sebentar tadi.
Ahli Parlimen Wanita PN yang diketuai Zuraida pada sidang akhbar di Parlimen sebentar tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wanita Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pelantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan bersama 12 Ahli Parlimen PN itu mereka berkata, buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita untuk memegang jawatan itu.

Menurut mereka, pelantikan penuh bersejarah itu merupakan satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi.

"Kami ahli Parlimen Wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai lalar belakang profesional sebagai seorang peguam bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia.

"Bukan itu sahaja, kredibiliti Azalina turut dapat dibuktikan apabila beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekaligus menjadikannya pilihan terbaik buat kerajaan PN dalam usaha mereformasikan tadbir urus yang lebih telus.

"Kami percaya dengan adanya kehadiran Azalina sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, ia bukan sahaja mengangkat martabat wanita di dalam negara bahkan menjadi contoh yang terbaik serta inspirasi buat seluruh wanita di Malaysia," katanya.

Ahli Parlimen Wanita PN terbabit diketuai Zuraida Kamaruddin, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Mastura Mohd Yazid, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Sri Rohani Abdul Karim serta Rubiah Wang.

Artikel Berkaitan: