Sudah sampai masa panggil PRU15: Zambry

Zambry
Zambry
A
A
A

IPOH - Jumlah majoriti sokongan kerajaan di Dewan Rakyat memberi bayangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kedudukan sokongan yang begitu tipis itu merupakan realiti terhadap kerajaan yang ada hari ini dan Perdana Menteri pastinya menyedari perkara tersebut.

Menurutnya, untuk itu, PRU15 dilihat sebagai antara jalan penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kestabilan kerajaan yang ada serta meyakinkan rakyat.

"Soal kerapuhan ini akan berterusan. Saya berkeyakinan Perdana Menteri memikirkan tentang keadaan ini, apakah ini masa yang sesuai memanggil PRU atau mungkin ada masa tertentu boleh ditetapkan untuk diadakan PRU?

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan dan juga hikmah Perdana Menteri menentukan perkara ini dan berbincang dalam kelompok muafakat yang ada untuk mencari tarikh sesuai," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan undian memilih Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan @ Harun sebanyak 111 undi berbanding pembangkang yang memperoleh undi 109 undi, semalam.

Zambry berkata, kerapuhan majoriti sokongan kepada kerajaan sedia bukan sahaja diketahui oleh Ahli-ahli Parlimen tetapi turut dirasai oleh rakyat.

Semalam, Pemuda Pas menyifatkan pertukaran Speaker Dewan Rakyat dan pencalonan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai isyarat besar bahawa PRU15 akan berlaku dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, keputusan mencalonkan Azhar yang meletakkan jawatan dalam SPR pada akhir bulan lalu mengejutkan Pemuda Pas kerana seolah-olah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar PRU15 akan diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN Tukar Speaker isyarat besar kerajaan adakan PRU15

Azhar Speaker, Azalina Timbalan Speaker baharu