Abdul Azeez mohon maaf, tarik balik perkataan 'gelap'

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan hari kedua Dewan Rakyat dimulakan dengan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) diminta memohon maaf dan menarik balik perkataan 'gelap' dan 'pakailah bedak' yang digunakannya semalam.

Permohonan maaf itu dibuat atas arahan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

“Mengenai perkataan YB Baling semalam yang bersangkutan gelap dan pakai bedak, saya telah meneliti handsard mengenai kejadian tersebut.

"Saya ambil keputusan perkataan-perkataan tersebut agak offensive (menyinggung perasaan) dan saya arahkan Baling mohon maaf serta tarik balik perkataan tersebut,” katanya.

Abdul Azeez akur dan berkata, beliau tiada sebarang niat untuk memanggil sesiapa gelap kerana beliau sendiri berkulit gelap.

“Dua tahun saya duduk di tempat yang sama di situ, sememangnya kawasan itu gelap dan tidak dapat perhatian Speaker.

“Saya hendak beritahu netizen di luar sana saya tiada niat panggil sesiapa gelap sebab diri saya sendiri pun ALLAH takdirkan saya gelap. Dengan ini saya tarik balik dan memohon maaf,” katanya.

Persidangan semalam kecoh apabila Abdul Azeez dikatakan rasis apabila mengatakan gelap kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dan menyuruh pakai bedak.

Artikel Berkaitan:

Mengulas penjelasan Abdul Azeez, Kasthuriraani meminta Azhar Azizan lebih tegas kerana ia kesalahan berulang yang kerap berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat kecoh gara-gara ungkapan 'gelap' dan 'bedak'