Mana mak Ijai?

Mohd Rosli tekad menjaga Ijai seperti anak kandung sendiri namun memerlukan dokumen Asmira untuk memudahkan urusan membuat kad pengenalan.
Mohd Rosli tekad menjaga Ijai seperti anak kandung sendiri namun memerlukan dokumen Asmira untuk memudahkan urusan membuat kad pengenalan.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki di sini memohon bantuan orang ramai untuk mencari ibu kepada anak saudaranya yang terpisah sejak tahun 2013.

Mohd Rosli Mat Jusoh, 41, berkata, kakak iparnya, Asmira Selamat, 37, tidak dapat dikesan selepas kematian abangnya pada tahun 2013 akibat sakit jantung.

Menurutnya, selepas itu anak saudaranya Mohamad Shahrul Nizam Mohd Khairul Hapizi, 12, atau lebih mesra dipanggil Ijai tinggal bersama ayahnya di Kelantan sebelum dipelihara oleh kakaknya pada tahun 2018.

"Apabila kakak saya tidak mampu hendak jaga kerana sibuk bekerja, saya ambil tanggungjawab untuk jaga Ijal dan menganggapnya seperti anak sendiri.

"Cuma kini, saya berdepan masalah untuk membuat kad pengenalan Ijai kerana tiada dokumen ibunya," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Rosli berkata, sebelum ini dia sudah mencari kakak iparnya yang merupakan warga Thailand itu dengan pelbagai cara namun tidak menemuinya.

Mohd Rosli menunjukkan sijil kelahiran Ijai dan sijil kematian abangnya.
Mohd Rosli menunjukkan sijil kelahiran Ijai dan sijil kematian abangnya.

Katanya, dia memerlukan dokumen pengenalan diri kakak iparnya itu untuk membuat kad pengenalan Ijai serta urusan pendaftaran persekolahan.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon kepada kakak ipar supaya menghubungi saya atau sesiapa yang mengetahui di mana dia berada. Saya kasihankan Ijai sebab dia juga perlu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

"Terpulanglah kepada ibunya, memang saya sudah anggap Ijai macam anak sendiri dan saya sedia menjaganya selepas ini," katanya.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai Asmira boleh menghubunginya di talian 017-596 5120.