Anggota polis maut, tiga rakan setugas parah

Anggota bomba mengeluarkan seorang anggota polis dan seorang lelaki yang tersepit dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan, Kluang, Johor malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan seorang anggota polis dan seorang lelaki yang tersepit dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan, Kluang, Johor malam tadi.
A
A
A

KLUANG - Seorang anggota polis maut manakala tiga rakan setugas dan seorang suspek kes samun parah dalam kemalangan di Kilometer 67.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Koperal Shahirul Shah Hussein, 53, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan dan keseluruhan 12 mangsa.

Rakan setugasnya, Inspektor Azman Payung, 36, patah tulang rusuk, Sarjan Kamarolzaman Sapian, 30, cedera di kepala, Nur Muhammad Nasaruddin, 28, patah paha kanan manakala tahanan yang duduk di sebelah pemandu tersepit dan cedera di kepala.

Mereka dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat selepas selesai menangkap suspek lelaki itu yang terbabit kes samun di Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal, sebuah lori dan tiga kereta yang kesemuanya dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur.

"Kejadian bermula apabila motosikal YamahaL C135 yang ditunggang Muhammad Izzat Talib, 24, terjatuh sendiri ketika cuba mengelak objek di atas jalan raya di lokasi kejadian. Dia bagaimanapun sempat bangun dan menolak motosikalnya ke tepi jalan.

"Namun kereta Toyota Vios di belakang penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal lelaki berkenaan menyebabkan pemandunya, Teo Jun Zhao, 45, memberhentikan kenderaan secara mengejut.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba mengeluarkan seorang anggota polis dan seorang lelaki yang tersepit dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan, Kluang, Johor malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan seorang anggota polis dan seorang lelaki yang tersepit dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan, Kluang, Johor malam tadi.

"Dalam masa sama, sebuah lori dipandu Rizuan Rahim Mat Isa, 32, di belakang kereta berkenaan terpaksa memberhentikan lori yang dipandunya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, Shahirul yang berada di belakang lori tidak sempat membrek menyebabkannya merempuh bahagian belakang lori itu sebelum sebuah kereta Nissan Sentra dari arah belakang merempuh kereta anggota polis terbabit.

Beliau berkata, semua mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Light Fire Rescue Team (LFRT).

Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Norhisham Ihwan berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan Shahirul dan suspek lelaki itu yang tersepit di tempat duduk masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, Shahirul menetap di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat dan meninggalkan seorang isteri, Rozana Said, 50, dan empat anak.