Saksi kes kemalangan maut diminta tampil

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas dilanggar kenderaan jenis dan nombor yang belum dapat dikenal pasti di Jalan Persekutuan, Kuala Langat semalam.
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas dilanggar kenderaan jenis dan nombor yang belum dapat dikenal pasti di Jalan Persekutuan, Kuala Langat semalam.
A
A
A

BANTING - Polis memohon saksi bebas untuk tampil membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang berlaku di Jalan Persekutuan, Kuala Langat, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki warga Nepal dikenali Krishna Kumar Bhagat, 26, maut selepas dilanggar sebuah kenderaan.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Sungai Sedu menghala ke tempat kerjanya di pusat beli-belah berkenaan.

"Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa yang berjalan kaki dipercayai dilanggar kenderaan nombor dan jenis yang masih belum dapat dipastikan.

"Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Keisha Nur Azlea Betty Saran di talian 011-62622972," katanya.

Artikel Berkaitan: