X

Kindly register in order to view this article
!

Penunggang motosikal maut digilis treler

Mangsa maut apabila digilis sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 41 Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan malam tadi.
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 41 Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan di sini malam tadi.

Kejadian jam 10.11 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Hafizan Mohamad Noor, 26, beralamat di Taman Seri Manik, Tanjong Karang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bekerja di sebuah kedai peruncit perkakas rumah di Kapar.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian itu berlaku selepas sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah berhenti mengejut di hadapan motosikal mangsa untuk masuk ke simpang Taman Serindit di sebelah kanan jalan.

Menurutnya, mangsa cuba mengelak ke kiri namun hilang kawalan lalu tercampak di atas jalan di lorong kanan.

"Ketika itu terdapat sebuah treler yang tidak dikenal pasti dari arah sama telah menggilis mangsa hingga maut.

"Pemandu treler terbabit dipercayai tidak berhenti dan meneruskan perjalanan ke arah Kuala Selangor," katanya.

Ramli berkata, polis kini sedang mengesan pemandu treler itu bagi membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!