AS tolak tuntutan Beijing di Laut China Selatan

Amerika Syarikat menolak tuntutan China di Laut China Selatan. - Foto AFP
Amerika Syarikat menolak tuntutan China di Laut China Selatan. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menganggap tindakan Beijing di Laut China Selatan adalah haram sekali gus meningkatkan satu lagi ketegangan, kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

"Kami membuat penjelasan jelas, tuntutan Beijing ke atas sumber-sumber laut di hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah tidak mengikut undang-undang sepenuhnya," kata Pompeo dalam satu kenyataan semalam.

AS telah lama menolak tuntutan Beijing di Laut China Selatan.

Bagaimanapun Pompeo menyebelahi negara-negara Asia Tenggara selepas beberapa tahun AS menyatakan ia tidak mengambil pendirian tentang perbalahan tuntutan di Laut China Selatan yang dibuat oleh sesebuah negara.

Pompeo turut mengkritik tuntutan China mengenai Kepulauan Spratly yang mana China mengumumkannya sebagai daerah pentadbiran pada awal tahun ini.

Tindakan itu menyebabkan Beijing menambahkan lagi tuntutan maritim di Laut China Selatan.

Pompeo berkata, AS ketika ini menolak tuntutan China ke atas Vanguard Bank di luar perairan Vietnam, Lucania Shoals di luar pantai Malaysia, Natuna Besar di luar Indonesia dan kawasan yang dianggap sebagai zon eksklusif ekonomi Brunei. - AFP

Artikel Berkaitan: