Jutawan tuntut dikenakan cukai lebih tinggi

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jutawan Untuk Kemanusiaan itu berpendapat mereka harus dikenakan cukai lebih tinggi, segera, secara ketara dan kekal. Gambar hiasan.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jutawan Untuk Kemanusiaan itu berpendapat mereka harus dikenakan cukai lebih tinggi, segera, secara ketara dan kekal. Gambar hiasan.
A
A
A

LONDON - Lebih 80 jutawan menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk mengenakan cukai ke atas golongan kaya bagi membantu membiayai pemulihan global akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Dalam surat terbuka, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jutawan Untuk Kemanusiaan itu berkata, mereka harus dikenakan cukai lebih tinggi, segera, secara ketara dan kekal.

Antara penandatangan termasuk pengasas ais krim Ben and Jerry, Jerry Greenfield, penulis skrip Richard Curtis dan pembuat filem, Abigail Disney.

"Ketika Covid-19 menyerang dunia, jutawan seperti kami mempunyai peranan penting dalam menyembuhkan dunia kita. Tidak, kami bukan orang yang merawat pesakit di wad intensif.

"Kami tidak memandu ambulans yang membawa pesakit ke hospital. Kami tidak mengisi semula rak kedai runcit atau menghantar makanan dari rumah ke rumah.

"Tetapi kami mempunyai wang yang banyak. Wang sangat diperlukan sekarang dan akan terus diperlukan pada tahun akan datang ketika dunia pulih daripada krisis ini," menurut surat terbuka itu.

Difahamkan, surat tersebut diterbitkan sebelum mesyuarat Menteri Kewangan G20 akan datang. - AFP

Artikel Berkaitan: