Kemuncak kes Covid-19 di Indonesia Ogos atau September ini

Joko Widodo. - Foto AFP
Joko Widodo. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini memberitahu wabak koronavirus (Covid-19) di Indonesia dijangka memuncak pada Ogos atau September, dua hingga tiga bulan lebih lambat daripada ramalan awal.

"Itu adalah jangkaan terbaharu yang saya terima. Tetapi jika kita tidak berbuat sesuatu, jumlahnya mungkin berbeza," kata Jokowi seperti dilaporkan agensi berita Antara.

Pada April lalu, seorang penasihat pemerintah berkata, kes Covid-19 berkemungkinan memuncak pada Mei atau Jun dengan jumlah jangkitan dijangka mencapai sekitar 95,000 kes.

Menurut Jokowi, beliau menggesa menterinya untuk bekerja dengan lebih keras bagi mengawal penyebaran.

Bulan lalu, Presiden memaklumkan beliau bersedia untuk merombak barisan menteri atau membubarkan agensi pemerintah yang dirasakan tidak melakukan dengan baik untuk memerangi Covid-19.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan sebanyak 76,981 kes yang disahkan dan 3,656 kematian. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Kes positif Covid-19 di Indonesia melepasi 76,000 kes

Artikel Berkaitan: