1MDB: Lantik Sri Ram sebagai TPR kanan untuk dakwa Najib

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes mahkamah berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad bertujuan mendakwa dan sabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kesalahan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini kerana Sri Ram, sebagai yang dilantik ke jawatan TPR memutuskan apa bukti dan dokumen yang perlu ditampilkan di mahkamah.

“Tidak penting bagi Sri Ram untuk mengetahui sumber kewangan Najib, sama ada dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd mahupun kes 1MDB.

"Apa yang penting baginya adalah untuk mendakwa Najib,” katanya semasa berhujah dalam usaha bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenepikan Sri Ram dalam kes berkaitan 1MDB di hadapan Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya.

“Pelantikan Sri Ram dilakukan dengan niat supaya Najib didakwa dan disabit kesalahan,” dakwanya.

Sementara itu seorang lagi peguam Najib, Harvinderjit Singh mendakwa Pendakwa Raya (Peguam Negara) tidak mempunyai kuasa untuk melantik seorang peguam (Sri Ram) sebagai TPR separuh masa dan pada masa yang sama menjadi peguam, di bawah Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah (CPC).

“Pelaksanaan kuasa di bawah Seksyen 376 adalah salah. Ia tidak tidak masuk akal, tidak rasional dan sangat tidak wajar,” hujah Harvinderjit submitted.

Beliau berkata, Sri Ram dilantik semata-mata bagi memenuhi janji yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan, dengan merujuk kepada beberapa siri perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara Sri Ram dan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 12 Mei 2018, tiga hari selepas Pilihan Raya ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan:

“Sri Ram menasihatkan Mohamed Apandi untuk mendakwa Najib. Dalam pesanannya, Sri Ram sudah menganggap Najib sebagai seorang penjenayah walaupun tiada kertas siasatan dibuka ketika itu.

"Dia sudah anggap lebih awal mengenai jenayah. Apa yang lebih buruk ialah dia sudah menganggap Najib akan terima padahnya,” katanya dan menambah pelantikan Sri Ram adalah 'mala fide' dan tidak rasional.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Shamsul Bolhassan yang mewakili Peguam Negara/Pendakwa Raya, kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden, membantah perkara itu dengan mengatakan bahawa pelantikan Sri Ram dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa bahasa Seksyen 376 (3) (CPC) luas dan mengizinkan pelantikan Sri Ram sebagai DPP kanan. Seksyen 376 (3) tidak secara jelas membataskan pelantikan DPP kanan hanya dari kalangan Pegawai Undang-Undang yang berkhidmat di bawah Badan Kehakiman dan Perkhidmatan Undang-Undang,” katanya.

Shamsul berkata kerajaan, seperti juga mana-mana pihak, boleh memilih dan melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak untuk muncul bagi pihaknya di mana-mana mahkamah.

“Dengan hormatnya juga dimaklumkan bahawa adalah satu pembaziran intelektual untuk terlibat dalam pertelingkahan berhubung keabsahan pelantikan Sri Ram di bawah Seksyen 376(3) CPC,” katanya.

Selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak Hakim Mariana menetapkan 29 Julai untuk mendengar hujahan selanjutnya permohonan Najib dan Muhammad Shafee untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya di bawah Seksyen 376 (3) CPC.

Dalam permohonan yang difailkan pada 2018 Disember, selain memikul tanggungjawab sebagai peguam Najib, Muhammad Shafee turut menfailkan semakan kehakiman kerana beliau berusaha mengenepikan Sri Ram daripada perbicaraan berkaitan dengan penggubahan wang haram RM9.5 juta, yang masih belum bermula.

Mereka juga memohon perintah mahkamah bagi membatalkan pelantikan Sri Ram atau mengenepikan beliau, dengan mengatakan pelantikan beliau adalah tidak sah, dan terdapat konflik kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan memohon satu perintah bagi menghalang beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes mereka, termasuk berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. - Bernama