X

Kindly register in order to view this article
!

Satu-satunya cucu lelaki Elvis Presley meninggal dunia

Benjamin Keough (kanan) dan mendiang Elvis Presley. - Foto YouTube
A
A

NEW YORK - Satu-satunya cucu lelaki legenda Rock 'n' roll, mendiang Elvis Presley meninggal dunia pada Ahad lalu, kata Roger Widynowski iaitu pengurus kepada ibunya, Lisa Marie Presley yang membuat pengesahan kepada AFP.

Menurut laporan media tempatan, punca kematian Benjamin Keough, 27, dipercayai membunuh diri.

Dia ditemui meninggal dunia di Calabasas dekat Los Angeles akibat tembakan pistol, kata sumber polis kepada TMZ.

Bagaimanapun, Widynowski tidak memberikan maklumat lanjut tentang kematian Keough tetapi menyatakan Lisa Marie Presley yang juga satu-satunya anak Elvis dengan aktres Priscilla Presley berasa patah hati dan amat sedih.

Keough jarang muncul di khalayak ramai tetapi beberapa gambar menunjukkan wajahnya mirip Elvis.

Lisa Marie yang mempunyai tiga orang lagi anak menganggap wajah anaknya yang mirip legenda Rock 'n' roll itu hanya sebagai satu persamaan.

TMZ melaporkan Keough ialah seorang ahli muzik dan pernah menjadi pelakon.

Elvis meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 42 tahun - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf