Manchester City boleh pusing Eropah

Manchester City boleh kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan penggantungan dua musim pasukan itu.
Manchester City boleh kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan penggantungan dua musim pasukan itu.
A
A
A

MANCHESTER City akhirnya boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan penggantungan dua musim dikenakan terhadap kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu daripada beraksi di pentas Eropah oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Bagaimanapun The Citizens tetap perlu membayar denda 10 juta euro (RM48.24 juta) kepada UEFA berbanding 30 juta euro (RM144.72 juta) dikenakan yang dikenakan sebelum ini.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota panel atas ketekunan dan proses sewajarnya yang mereka jalankan.

“Kelab mengalu-alukan implikasi keputusan hari ini sebagai pengesahan kepada kedudukan kelab dan bukti-bukti yang kami serahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA mendapati kelab kendalian Pep Guardiola itu bersalah kerana memalsukan perolehan penajaan ketika menyerahkan laporan akaun untuk penilaian Fair Play Kewangan (FFP).

Bagaimanapun, keputusan yang memihak Manchester City itu menimbulkan persoalan kredibiliti badan siasatan UEFA yang diketuai bekas Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme.

Artikel Berkaitan: