X

Kindly register in order to view this article
!

Ganggu ucapan sulung Speaker baharu, Khalid diarah keluar dewan

KHALID
A
A

KUALA LUMPUR - Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) menjadi anggota Parlimen pertama diarahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar [email protected]

Kelakuan Khalid yang berterusan mengganggu ucapan sulung Azhar menyebabkan Speaker baharu itu mengambil tindakan tegas sedemikian berkuat kuasa sehingga habis sesi persidangan hari ini.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan anggota Parlimen pembangkang lain sehingga dewan bertukar kecoh.

"Shah Alam, sila keluar...sila keluar dewan sehingga habis sidang hari ini,” tegas Azhar pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Beliau meminta anggota Parlimen bertenang dan turut mengingatkan kuasanya yang boleh mengarahkan sesiapa keluar sekiranya mengganggu persidangan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus