Hukum ambil barang dalam pesawat

Gambar hiasan
A
A

LAZIMNYA bagi mereka yang menaiki kapal terbang untuk jarak perjalanan yang jauh akan dibekalkan dengan selimut dan bantal untuk memastikan keselesaan mereka.

Bagaimanapun, bantal dan selimut itu disediakan hanya buat sementara waktu iaitu untuk kegunaan ketika dalam pesawat.

Antara persoalan yang sering bermain difikiran penumpang ini pastinya berkaitan bolehkah mereka mengambil barang tersebut untuk dibawa pulang.

Bagi menjawab hukum ini, menerusi akauan Facebook Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi mengenai hukum mengambil barang di dalam kapal terbang.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, berhubung isu itu beliau melihat bahawa terdapat polisi syarikat penerbangan berkenaan dengan barang yang boleh dibawa keluar atau tidak.

Jelasnya, sekiranya menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang jauh kebiasaan syarikat penerbangan akan memberi 'gift bag' yang terdapat di dalamnya seperti berus gigi dan ubat gigi sebagai cenderahati untuk digunakan.

"Ia juga berbeza mengikut class penerbangan dan ini dibolehkan untuk dibawa keluar.

"Adapun barangan kecemasan seperti jaket keselamatan dan topeng udara serta barang yang digunakan semula oleh syarikat penerbangan seperti

selimut dan bantal tidak boleh dikeluarkan sama sekali ini kerana faktor polisi penerbangan dan keselamatan penumpang," katanya.

Oleh itu katanya, bagi mereka yang telah mengambil, seharusnya memperbanyakkan istighfar dan bertaubat serta memohon doa kepada-NYA semoga diampunkan dosa yang lalu. Begitu juga tidak mengulangi perbuatan itu kembali.

"Firman ALLAH S.W.T: Maksudnya: ALLAH maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka ALLAH akan menyeksanya; dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. (Surah Al-Maidah: 95).