X

Kindly register in order to view this article
!

Azalina wanita pertama sandang jawatan Timbalan Speaker

Azalina -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menafikan hak wanita untuk memegang jawatan penting negara berikutan menjadi wanita pertama menyandang jawatan tersebut.

Katanya, perkembangan positif itu dilihat akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita di negara ini.

"Sebelum ini kita tahu pernah ada Timbalan Speaker di Dewan Negara yang merupakan seorang wanita.

"Jadi saya harap ini (pelantikan dirinya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat menjadi langkah permulaan dan tidak mustahil akan ada Speaker di kedua-dua adalah wanita.

"Bagi saya jelas membuktikan bahawa gender adalah satu isu, sebaliknya ia dinilai dengan kelayakan dan kemampuan," katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azalina turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mencalonkan dirinya.

"Terima kasih juga kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju hendak calonkan saya," katanya.

Terdahulu Nga Kor Ming hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!