Jawatankuasa khas perangi penyeludupan dadah

Zulkifli (dua, kanan) yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Membincangkan Isu-isu Penyeludipan Dadah di Negeri Pantai Timur di sini hari ini.
Zulkifli (dua, kanan) yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Membincangkan Isu-isu Penyeludipan Dadah di Negeri Pantai Timur di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 14 agensi bagi menangani aktiviti penyeludupan dadah terutama di kawasan Pantai Timur.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, walaupun pelbagai tindakan diambil melalui operasi namun bekalan bahan terlarang itu tetap dibawa masuk ke negara ini.

Beliau berkata, lebih 90 peratus dadah yang dirampas melalui operasi di bawa masuk dari negara jiran.

“Projek rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu di 12 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang dilakukan sepanjang enam bulan mendapati masih berlaku kemasukan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Membincangkan Isu-Isu Penyeludupan Dadah di Negeri Pantai Timur di sini, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa khas berkenaan akan dinilai selama enam bulan sehingga akhir tahun ini sama ada terdapat perbezaan atau sebaliknya.

Zulkifli memberitahu, negeri dari Pantai Timur menyumbang kepada satu pertiga daripada penyalahgunaan dadah di negara ini dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi.

“Pada masa sama, kita juga akan menyantuni masyarakat yang tinggal di sempadan bagi memperolehi maklumat tambahan berkaitan aktiviti penyeludupan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Zulkifli mengakui berlaku peningkatan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk penagih dadah berulang kerana tiada kaunseling dilakukan.

Katanya, pelbagai kaedah dilakukan sepanjang tempoh itu termasuk menghantar menggunakan khidmat penghantar makanan dan perkhidmatan pos.