X

Kindly register in order to view this article
!

Penjual 'gudeg' tertua di Yogyakarta meninggal dunia

Mbah Lindu menjual nasi berlauk atau gudeg sejak zaman penjajahan Jepun meninggal dunia pada usia 100 tahun semalam. - Foto Kompas
A
A

YOGYAKARTA - Seorang wanita yang dikenali kerana kegigihannya mencari rezeki dengan menjual nasi berlauk sejak penjajahan Jepun meninggal dunia pada usia 100 tahun semalam.

Selain dikenali sebagai seorang yang rajin bekerja, Biyem Setyo Utomo atau lebih mesra dipanggil Mbah Lindu juga seorang yang peramah.

Atas faktor usia, sejak dua tahun kebelakangan ini, dia tidak lagi menjual nasi berlauk atau gudeg sebaliknya hanya membantu di rumah menyiapkan bahan masakan.

"Masih sering menolong merebus telur, cili. Tapi semalam dia jatuh kemudian dikejarkan ke hospital namun dibenarkan pulang ke rumah.

"Sekitar jam 6 petang, ibu meninggal dunia pada usia 100 tahun kerana sudah tua," kata anaknya, Mudiati.

Lapor Kompas, kisah Lindu yang masih berjuang mencari rezeki sejak penjajahan Jepun mendapat liputan meluas.

Mbah Lindu ketika menjual gudeg di Yogyakarta. - Foto Kompas
Mbah Lindu ketika menjual gudeg di Yogyakarta. - Foto Kompas

Seumur hidupnya, Lindu menjual gudeg di jalan Poskamling di Yogyakarta.

Walaupun hanya membuka kedai di tepi jalan, setiap hari sekitar jam 5 petang, pelanggan sudah beratur panjang dan kedainya yang hanya ada kerusi tanpa meja.

Pelanggan yang ingin makan panas-panas akan disajikan atas daun pisang dan makan begitu sahaja.

Semasa hayatnya, Lindu memberitahu akan berniaga sehingga ke akhir hayat walaupun sudah berusia.

"Saya mahu terus menjual sebaik mungkin. Tidak kisah jika diberi rezeki sedikit atau banyak, yang penting saya harus bersyukur," katanya.

Street Food Asia pernah mengangkat kisah Mak Cik Lindu yang masih mengekalkan resipi sejak pertama kali menjual nasi berlauk sehingga kini.

Kisah ini hangat diperkatakan oleh penduduk di Yogyakarta kerana semua mengenali Mak Cik Lindu dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf