X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Ekonomi Bolivia positif Covid-19

Menteri Ekonomi Bolivia, Oscar Ortiz disahkan positif Covid-19 semalam.
A
A

LA PAZ - Menteri Ekonomi Bolivia, Oscar Ortiz disahkan positif Covid-19 semalam, menjadikan anggota Kabinet keempat yang dijangkiti virus tersebut, lapor berita Xinhua.

"Saya telah diuji positif Covid-19, saya berasa baik. Dengan pertolongan Tuhan, kami akan terus maju, dan akan terus berusaha bersama-sama untuk ekonomi Bolivia," kata Ortiz dalam akaun Facebooknya.

Beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi yang baharu oleh Presiden sementara negara Amerika Latin itu, Jeanine Anez pada Selasa.

Dalam klip video yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata, doktor menahannya di hospital sehingga gejalanya dapat dipantau.

Tiga lagi anggota Kabinet yang disahkan positif Covid-19 adalah Menteri Kesihatan dan Perlombongan dan Ketua Turus angkatan tentera Bolivia.

Anez berkata, pada Khamis beliau diuji positif Covid-19 dan kini dikuarantin. Pegawai lain yang turut dijangkiti virus itu termasuk Presiden Senat Bolivia dan Ketua Bank Pusat.

Bolivia mencatatkan lebih 48,000 kes setakat ini, dengan lebih 1,800 korban, menurut data Johns Hopkins University.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus