X

Kindly register in order to view this article
!

21 cedera, kapal USS Bonhomme Richard meletup

Kapal USS Bonhomme Richard terbakar di sebuah pangkalan tentera laut di San Diego, California pada Ahad lalu. - Foto Jabatan Bomba San Diego/AFP
A
A

LOS ANGELES - Seramai 21 orang cedera dalam satu letupan di sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang berlabuh di pangkalan tentera di San Diego, California sekali gus mengakibatkan kebakaran besar, lapor media dan beberapa pegawai.

Kapal penyerang amfibia tentera laut itu, USS Bonhomme Richard berlabuh di pangkalan tersebut untuk tujuan penyenggaraan apabila letupan tersebut berlaku pada awal Ahad lalu.

Terdapat laporan berlaku satu letupan dalaman di ruang tempat menyimpan barang-barang, kata Laksamana Muda Philip Sobeck kepada pemberita pada sidang media di pangkalan tersebut.

Sementara itu, Sobeck berkata: "Kami akan berusaha untuk memastikan ia akan belayar semula. Kami akan membenarkan siasatan (dilakukan)."

Jurucakap Tentera Laut AS di Pasifik, Mike Raney berkata, punca kejadian masih belum diketahui.

Asap hitam boleh dilihat dari kapal tersebut ketika CNN menyiarkan gambar bot yang menggunakan meriam air untuk mengawal kebakaran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego, Colin Stowell memberitahu CNN bahawa kebakaran itu mungkin berlanjutan selama beberapa hari. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus