X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kembali satu digit, 7 kes baharu direkodkan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Selepas dua hari berturut-turut mencatatkan dua angka, kes positif Covid-19 hari ini kembali kepada satu digit apabila tujuh kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, tujuh kes baharu melibatkan enam kes import dan satu kes tempatan.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,520 kes," katanya.

Menurutnya, terdapat 83 kes aktif yang sedang menerima rawatan di hospital.

"Sebanyak empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima laporan satu kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Oleh itu jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 8,520," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

"Justeru jumlah kes kematian kekal 122 kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus