X

Kindly register in order to view this article
!

Suami isteri menagih dadah ditahan

Pasangan suami isteri positif dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Perupok, Bukit Besar pagi tadi.
A
A

YAN- Sepasang suami isteri ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana positif dadah dalam serbuan di Kampung Perupok, Bukit Besar pagi tadi.

Ketua AADK Yan, Mohamad Ramli berkata, pasangan berusia 24 dan 26 tahun yang mempunyai dua orang anak berusia 3 dan 6 tahun itu mengaku terlibat dalam kegiatan penagihan dadah sejak awal perkahwinan mereka enam tahun lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mereka memperolehi bekalan dadah di kawasan perkampungan nelayan bersempadan antara daerah Yan dan Kota Setar.

"Hasil saringan air kencing mendapati masing masing positif dadah jenis opiat dan methamphetamine," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus