X

Kindly register in order to view this article
!

Misteri bau busuk terjawab

Misteri bau busuk daripada sebuah unit kediaman di Pangsapuri Indah Bay, Tanjung Bungah terjawab susulan penemuan mayat lelaki yang sudah kembung dan hampir reput malam tadi.
A
A

GEORGETOWN - Misteri bau busuk daripada sebuah unit kediaman di Pangsapuri Indah Bay, Tanjung Bungah di sini terjawab susulan penemuan mayat lelaki yang sudah kembung dan hampir reput malam tadi.

Mayat Dexter Macarten Estrop, 59, ditemukan dalam keadaan duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya oleh pihak polis selepas menerima panggilan daripada jirannya pada pukul 10.45 malam yang memaklumkan terdapat bau busuk daripada rumah mangsa sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk masuk ke rumah lelaki itu kerana ia berkunci.

"Menurut jirannya itu, dia cuba mengesan punca bau busuk itu sebelum mendapati ia datang dari rumah lelaki berkenaan. Wanita itu menghubungi polis dan kami meminta bantuan bomba untuk memecahkan kunci mangga.

"Keadaan dan persekitaran rumah mangsa menunjukkan tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan atau unsur jenayah. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu adalah seorang duda yang baru berhenti kerja Januari lepas dan berdasarkan keadaan mayat lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia empat atau lima hari lepas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf