X

Kindly register in order to view this article
!

Mohamad Ariff terima keputusan dengan hati terbuka

Mohamad Ariff ketika menjawab soalan pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima keputusan pelucutan jawatannya dengan hati terbuka.

Beliau berkata, ini kerana proses tersebut telah berjalan mengikut peraturan dan Perlembagaan Malaysia.

"Saya sendiri tidak ada masalah sebab pada awal lagi saya sudah beritahu saya hanya akan keluar (letak jawatan) jika Perlembagaan Malaysia dipatuhi.

"Perlembagaan Malaysia sudah pun dipatuhi iaitu terdapat usul dan undian telah diambil jadi akhir kata ahli-ahli Parlimen yang memutuskan bukan Perdana Menteri, bukan Kabinet.

"Inilah sistem Perlembagaan kita, inilah sesuatu yang mesti dihormati secara prinsip iaitu dinyatakan bahawa seorang Speaker adalah neutral, bebas dan tidak boleh kongkong oleh pihak eksekutif," katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikemukakan Perdana Menteri pada sidang Parlimen hari ini berjaya apabila mendapat 111 undian.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, seramai 109 anggota Parlimen mengundi tidak bersetuju manakala seorang anggota Parlimen tidak hadir.

Proses pengundian dilakukan secara belah bahagian selepas hampir 12 minit usul tersebut dibahaskan anggota Parlimen.

Muhyiddin Yassin (Bersatu-Pagoh) mencadangkan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan terbabit atas alasan terdapat pencalonan lain.

Persidangan ditangguhkan ke jam 2.30 petang bagi meneruskan usul pencalonan Datuk Azhar [email protected] sebagai Yang Dipertua yang baharu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus