'Kalau pilih Speaker memihak kerajaan lebih baik pilih Perdana Menteri'

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan Speaker Dewan Rakyat yang dipilih adalah individu yang neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) berkata, ia bagi memastikan perbahasan di Dewan Rakyat dapat berlangsung dengan baik dan adil.

"Kalau dia hendak dipilih oleh kerajaan supaya mereka memihak kepada kerajaan, itu bukan Speaker namanya, itu adalah orang kerajaan.

"Kalau hendak berkhidmat kepada kerajaan sepanjang masa adalah lebih baik kalau kita anggap Perdana Menteri sebagai Speaker," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya.

Mengulas perkara sama, Dr Mahathir berkata, tindakan Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon yang memberi tempoh 10 minit dan hanya dua wakil daripada kerajaan dan pembangkang untuk membahaskan usul itu sebagai tidak wajar.

Katanya, tempoh yang terlalu singkat untuk perbahasan itu dilihat seolah-olah cuba untuk menutup peluang kepada pembangkang.

Artikel Berkaitan: