JSJK ganda tindakan selesaikan kes 'sejuk beku'

Saiful Azly
Saiful Azly
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan menggandakan tindakan untuk menyelesaikan semua kes tertunggak' yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu.

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, perkara itu sudah dalam tindakan dan setakat ini jabatan itu telah menyelesaikan separuh daripada kes berkenaan yang kebanyakannya melibatkan kes tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita akan gandakan tindakan dan usaha kami akan terus ditingkatkan bagi menyelesaikan kes 'sejuk beku' ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, tindakan juga akan diambil terhadap pegawai penyiasat yang diberi tanggungjawab tetapi tidak amanah menangguhkan tugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes 'sejuk beku' JSJK dibuka semula: KPN

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi tempoh sebulan untuk pegawai terbabit menyelesaikan tunggakan kes.

Polis akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

Kes 'sejuk beku' perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya.

Artikel Berkaitan: