Sugu Pavithra terima anugerah YouTube

Sugu Pavithra terima 'Silver Play Button’ daripada YouTube.
Sugu Pavithra terima 'Silver Play Button’ daripada YouTube.
A
A
A

IPOH - Pasangan YouTuber sensasi, Sugu dan Pavithra yang berkongsi kemahiran memasak kini menerima anugerah 'Silver Play Button’ oleh laman web perkongsian video itu.

Pavithra, 28, berkongsi kegembiraan menerusi satu video terbaharunya yang memaparkan dia menerima bungkusan yang mengandungi 'Silver Play Button’ daripada YouTube.

Terkenal dengan bakat dalam bidang masakan dan kefasihannya berbahasa Melayu yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia, anugerah itu disampaikan atas kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 langganan.

Pavithra sudah menerima bayaran bulanan daripada YouTube selepas video-video mereka melepasi angka tontonan yang telah ditetapkan.

Menerusi video 11 minit 13 saat, Pavithra bersama suami, M Sugu, 29, anak-anak, ibu serta jiran meraikan kejayaan itu.

"Seperti mana yang anda tahu, orang pertama yang saya nak ucapkan terima kasih ialah untuk kakak Seri sebab dialah orang pertama yang memperkenalkan YouTube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan upload dalam YouTube dan semuanya lah," ucapnya.

Dalam bungkusan ‘Silver Play Button’ yang diterima turut tertera nama Sugu Pavithra serta diselitkan satu sijil daripada YouTube.

Pencapaian dikecapi Sugu Pavithra menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 160,000 tontonan dan jumlah keseluruhan langganan sebanyak 772,000.