Pemain Arsenal hilang fokus di laman Tottenham

Lacazette meraikan jaringan pertama pelawat. - Foto Premier League
Lacazette meraikan jaringan pertama pelawat. - Foto Premier League
A
A
A

BEKAS tonggak pertahanan Arsenal, Sol Campbell membidas karakter pemain The Gunners yang mempersiakan peluang mendahului ketika tewas tipis 2-1 pada aksi derbi utara London saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Menurut Campbell yang juga bekas pemain Tottenham Hotspur berusia 45 tahun itu, anak buah Mikel Arteta seolah-olah hilang tumpuan selepas mendahului skuad kendalian Jose Mourinho.

"Kecuaian mengundang kepada keputusan ini kerana sepatutnya pemain Arsenal memberikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan sebaik sahaja mendahului tuan rumah.

"Semuanya berkaitan dengan konsenstrasi pemain semasa di padang itu sahaja. Pemain Arsenal begitu mudah memberikan Tottenham gol pada ketika pelawat sedang mendahului.

"Apa sebenarnya yang cuba dibuktikan pemain Arsenal (Sead Kolasinac dan David Luiz) dalam perlawanan ini? Jangan sesekali mengambil mudah dalam aksi seperti ini," katanya.

Peledak The Gunners, Alexandre Lacazette terlebih dulu meletakan pelawat di depan pada minit ke-16 sebelum Son Heung min menyamakan kedudukan diikuti ledakan Toby Alderweireld penghujung babak kedua untuk kemenangan Tottenham.

The Gunners tidak pernah mengalahkan Tottenham sejak Disember 2018, dengan catatan dua seri dan dua tewas dalam aksi liga serta kekalahan Piala Liga sejak itu.

Tambah Campbell, dia juga menyifatkan pemain-pemain The Gunners kurang memberikan tumpuan dalam perlawanan itu khasnya pada awal babak.

Artikel Berkaitan:

"Arsenal sedang melalui fasa padat perlawanan yang menuntut konsenstrasi dalam kalangan setiap pemain bagi baki perlawanan.

"Pemain seharusnya berkonsentrasi selama 90 minit sekarang bukan hanya sepanjang 85 minit perlawanan.

"Apabila anda menghidupkan awal momentum perlawanan, seharusnya mengakhirinya dengan keputusan positif pada penghujung perlawanan," katanya.

Campbell beraksi 266 perlawanan bersama Tottenham antara 1992 hingga 2001 sebelum beralih ke Arsenal dengan membuat 135 penampilan.