X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat AS enggan pakai pelitup muka maut dijangkiti Covid-19

Rose meninggal dunia selepas tiga hari disahkan jangkitan Covid-19. - Foto The Sun
A
A

OHIO - Seorang lelaki meninggal dunia selepas tiga hari disahkan positif jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Kematian Richard Rose, 37, menarik perhatian netizen kerana memuat naik status kontroversi di media sosial, lapor The Sun.

Dia pernah mengkritik para demostrasi Black Lives Matter, menuduh Parti Demokrat sengaja membesar-besarkan pandemik Covid-19 dan tidak mahu memakai pelitup muka semasa Covid-19 melanda negara.

"Saya tidak mahu memakai topeng muka, saya berjaya sehingga kini tanpa memakai topeng muka," katanya dalam status di Facebook pada 28 April lalu.

Rose pernah berkhidmat sebagai tentera Amerika Syarikat selama sembilan tahun dan pernah bertugas di Iraq dan Afghanistan.

Pada pertengahan Jun lalu, Rose berkongsi catatan di media sosial bahawa dia mengalami simptom jangkitan Covid-19 selepas pergi ke kolam renang yang sesak dengan orang ramai.

Rose turut berkongsi status mengenai keadaan kesihatannya yang sukar bernafas dan tidak selesa, malah perlu kuarantin di rumah selama 14 hari.

Keluarga Rose mengatakan bahawa dia disahkan positif Covid-19 pada 1 Julai dan meninggal dunia pada 4 Julai di rumahnya akibat komplikasi virus Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus