Enam kenderaan rosak ditenggelami air

A
A
A

JERANTUT - [DIKEMASKINI] Insiden kepala air di Kuala Tahan di sini mengakibatkan banjir kilat dan enam buah kenderaan rosak ditenggelami air awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lima kenderaan terbabit dipercayai milik pelancong dan satu lagi milik pekerja resort yang diparkir di tempat letak kenderaan berhadapan restoran terapung di jeti Kuala Tahan.

"Kenderaan terlibat ialah dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner, sebuah Nissan Xtrail, Hyundai Matrix, Mercedes dan Wira Aeroback yang telah rosak milik kakitangan resort terbabit.

"Pelancong yang berasal dari Perancis, Australia, United Kingdom, Belanda dan China itu sebelum ini telah dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

"Kejadian tidak membabitkan sebarang nyawa dan kecederaan. Jumlah kerugian masih belum ditafsirkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hujan renyai berlaku sejak petang semalam dan paras air normal sebelum kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, lebih 20 individu termasuk penduduk tempatan dan kakitangan resort mengambil masa lebih sejam untuk menyelamatkan serta menarik kenderaan ke kawasan selamat.

Menurutnya, insiden sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini dan orang ramai sudah diingatkan tidak meletakkan kenderaan di lokasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan meletakkan lebih banyak papan tanda sebagai peringatan khususnya kepada pelancong

"Cuaca yang tidak menentu kini menjadi risiko kepada pemilik kenderaan yang diletakkan di lokasi terbabit," katanya.