Dua cedera kereta dinaiki terbabas

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dalam kejadian kemalangan awal pagi tadi.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dalam kejadian kemalangan awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta yang dinaiki bersama seorang wanita warga Filipina melanggar sebuah kedai dalam kejadian di Jalan Telawi 5, Bangsar awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Salmi Abdul Mukti berkata, bomba menerima laporan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 1.19 pagi sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar bangunan kedai. Akibat kejadian itu lelaki warga tempatan itu tersepit di tempat duduk manakala mangsa wanita cedera di bahagian kaku," katanya menerusi kenyataan hari ini.

"Mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Kereta dinaiki kedua mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar bangunan berhampiran.
Kereta dinaiki kedua mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar bangunan berhampiran.

Artikel Berkaitan: