40 kediaman terjejas banjir kilat di Mambau

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 40 kediaman membabitkan 40 keluarga di Kampung Bemban, Mambau terjejas berikutan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan pagi ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Syazwan Saidi berkata, setakat ini lima mangsa iaitu sepasang warga emas, seorang orang kurang upaya (OKU) dan sepasang suami isteri dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Masjid Kampung Bemban.

“Banjir dengan ketinggian 1.21 meter menenggelamkan sebahagian rumah di kawasan berkenaan. Kerja-kerja penyelamatan masih lagi dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, banjir berlaku ekoran hujan lebat sejak jam 4 pagi tadi.

Katanya, seramai 18 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.10 pagi.

Artikel Berkaitan: