Masa depan IPTS gelap jika tiada bantuan

Masa depan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia dilihat gelap sekiranya kerajaan tidak memberi bantuan untuk IPTS meneruskan kelangsungan operasi khususnya ketika pasca pandemik koronavirus (Covid-19) sekarang. Gambar kecil atas: Dr Mohammad Redzuan, gambar kecil bawah: Ahmad Firdhaus
Masa depan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia dilihat gelap sekiranya kerajaan tidak memberi bantuan untuk IPTS meneruskan kelangsungan operasi khususnya ketika pasca pandemik koronavirus (Covid-19) sekarang. Gambar kecil atas: Dr Mohammad Redzuan, gambar kecil bawah: Ahmad Firdhaus
A
A
A

SHAH ALAM - Masa depan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia dilihat gelap sekiranya kerajaan tidak memberi bantuan untuk IPTS meneruskan kelangsungan operasi khususnya ketika pasca pandemik koronavirus (Covid-19) sekarang.

Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, mungkin banyak IPTS bumiputera terutama yang tidak menerima pembiayaan dan tajaan daripada mana-mana pihak terpaksa ditutup jika tidak dibantu.

“Kalau Unisel yang dibiayai kerajaan Selangor terkesan dengan situasi sekarang apatah lagi bagi IPTS lain yang tidak mendapat apa-apa pembiayaan daripada mana-mana pihak.“Jika banyak IPTS gulung tikar, kesannya adalah kepada rakyat terutama golongan B40.

“Kebanyakan mereka yang belajar di IPTS terdiri daripada anak golongan B40 dan pelajar yang diberikan peluang kedua untuk belajar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.Beliau mengulas laporan Sinar Ahad mengenai IPTS yang memerlukan suntikan dana segera sekurang-kurangnya RM10 bilion bagi menyelamatkan sektor pendidikan itu yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), Amir Hamzah Md Isa dalam wawancara bersama Sinar Ahad berkata, tanpa dana itu nasib 666,000 pelajar di 437 buah IPTS dikhuatiri menerima kesan buruk.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan tabung usahawan pendidikan bagi membolehkan IPTS di negara ini meneruskan kelangsungan operasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Group of Companies (Ranaco), Ahmad Firdhaus Ramlan berkata, masa depan institusi latihannya, Ranaco Education and Training Institute (RETI), akan berada dalam tempoh sukar ekoran bilangan pelajar baharu yang tidak meningkat ketika ini.

“Apabila keputusan siapa yang layak ke universiti awam keluar lambat, ditambah dengan pelajar menunggu rayuan, maka tempoh untuk kami promosi tempat di IPTS kepada pelajar hanya tinggal dua minggu.

Artikel Berkaitan:

“Kami di IPTS akan ke karnival pendidikan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan masuk ke sekolah serta kampung untuk menerangkan tentang peluang program dan IPTS namun semuanya tidak dapat dilaksanakan kerana PKP,” katanya.Beliau berkata, apa yang dirisaukan adalah mengenai kos sara hidup akibat Covid-19 secara langsung memberi kesan kepada peluang untuk anak-anak menyambung pengajian.