Gadis dinasihatkan tidak terima bakal suami perokok

No Image Caption
A
A
A

Merak Jalanan ada terbaca berita tentang masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini yang semakin meningkat.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, masalah itu turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin.

Menurutnya, berdasarkan data LPPKN bagi tempoh tahun 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal.

Menurut Abdul Shukur, antara faktor yang menyumbang kepada isu kesuburan lelaki ialah masalah psikoseksual seperti kurang nafsu seks.

Punca lain mengapa gejala itu berlaku termasuk mati pucuk, ejakulasi pramatang, ejakulasi ke dalam pundi kencing, sekatan pada testis dan kerosakan organ reproduktif.

Katanya, masalah kesuburan itu juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu pendedahan berlebihan kepada bahan kimia, radiasi, suhu panas, asap tembakau, kafein, dadah rekreasi selain kerosakan pada testis akibat kanser atau rawatannya.

Jika diteliti, banyak punca yang menyebabkan kepada masalah kesuburan, tetapi apa yang hendak disentuh oleh Merak Jalanan ialah kesan akibat asap tembakau.

Jadi nasihat Merak Jalanan kepada gadis-gadis dan wanita yang sedang berkira-kira untuk memilih pasangan hidup maka pertimbangkan juga untuk memilih lelaki yang tidak merokok.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana selepas berkahwin dengan perokok anda perlu hidup dengan bau tembakau yang memenuhi setiap ruang hidup anda.

Walaupun tak semua perokok mengalami masalah kesuburan dan tak semua perokok tidak bertanggungjawab tetapi dengan menjadi selektif secara tidak langsung gadis-gadis dapat menyokong kempen berhenti merokok.