Bersidanglah dengan penuh etika YB!

Banyak pihak menjangkakan sidang Parlimen yang bermula hari ini untuk selama 25 hari akan berlangsung dalam suasana yang panas.
Banyak pihak menjangkakan sidang Parlimen yang bermula hari ini untuk selama 25 hari akan berlangsung dalam suasana yang panas.
A
A
A

Banyak pihak menjangkakan sidang Parlimen yang bermula hari ini untuk selama 25 hari akan berlangsung dalam suasana yang panas.

Pertamanya, usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat mencatatkan sejarah kerana tidak pernah dilakukan sebelum ini melainkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dicalonkan dalam usul untuk menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohd Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming.

Keduanya, ia menjadi medan pertama bagi wakil rakyat untuk berbahas selepas Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei lalu dihadkan untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan gambaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan Mac lalu dilabelkan sebagai kerajaan pintu belakang, maka sudah pasti serangan bertali arus daripada kem pembangkang dijangka berlaku hari ini.

Ahli Parlimen Amanah dan DAP telah bertemu kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Warisan kelmarin untuk membincangkan persediaan pembangkang dalam menghadiri sidang Parlimen hari ini.

Di Hotel Saujana, Subang semalam pula ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan bertemu untuk berbincang sebelum mengeluarkan ‘peluru’ masing-masing.

Begitu juga dengan mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diadakan semalam di Menara UMNO Kuala Lumpur turut membincangkan persediaan dalam menghadapi sidang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Walau apa pun jangkaan, wakil rakyat diharap matang dalam berhujah dan tidak lagi menjadikan Parlimen sebagai tempat bercakaran yang akhirnya menunjukkan sikap tidak profesional.

Rakyat tidak mahu masa berharga dalam sidang Parlimen dihabiskan dengan pertikaman lidah yang akhirnya tiada satu pun solusi berkesan membabitkan masa depan rakyat.

Wakil rakyat perlu mengutamakan agenda rakyat dalam menghadapi suasana ekonomi yang cukup mencabar.