Pengurus kedai dipukul perompak guna tukul

Premis pasar mini di Jalan Alor Akar dinsini yang menjadi mangsa tiga perompak, pagi tadi.
Premis pasar mini di Jalan Alor Akar dinsini yang menjadi mangsa tiga perompak, pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengurus kedai cedera di kepala akibat dipukul salah seorang daripada tiga perompak yang menceroboh masuk sebuah pasar mini di Jalan Alor Akar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian samun kira-kira jam 6.35 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun turut kerugian RM500.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang pembantu kedai baharu sahaja membuka premis tersebut kira-kira setengah jam sebelum kejadian.

Menurutnya, mangsa didatangi tiga individu memakai topi keledar bersenjatakan tukul, spanar dan pengunci motosikal sebelum disamun.

"Dalam kejadian itu, salah seorang suspek bertindak memukul mangsa menggunakan tukul sebelum mereka melarikan diri.

"Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala akibat kecederaan dialami," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: