X

Kindly register in order to view this article
!

Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka 75,000

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 75,000 dengan penambahan kes baharu sebanyak 1,681 dalam tempoh 24 jam.
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 75,000 dengan penambahan kes baharu sebanyak 1,681 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 71 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,606 orang.

"Kes positif kini 75,699 manakala sebanyak 14,515 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya pada sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,208 kes, diikuti Jakarta (691 kes), Jawa Tengah (240), Sulawesi Selatan (223) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi itu juga mencatatkan kes positif tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 16,658 kes, diikuti Jakarta (14,517 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus