X

Kindly register in order to view this article
!

Ujian HPV percuma kepada polis wanita

Asmawati (dua dari kanan) dan Dr Adeeba mengunjungi kaunter saringan HPV yang dibuka di IPK Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Ujian saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) akan diberikan secara percuma kepada kakitangan wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpendapatan rendah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, menerusi program dijalankan dengan kerjasama Yayasan dan Makmal Projek Revolusi Penyaringan Penghapusan Kanser Serviks (ROSE), kakitangan wanita PDRM menikmati ujian saringan itu yang bernilai RM250 secara percuma.

“Pada peringkat permulaan, ujian saringan ini dimulakan di IPK Kelantan melibatkan 374 pegawai dan kakitangan wanita serta seterusnya kerjasama ini akan diperluaskan ke seluruh IPK lain selepas ini.

“Program ditaja oleh Etiqa Cares kepada ROSE ini melayakkan semua pegawai serta kakitangan awam wanita PDRM yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani saringan secara percuma,” katanya kepada pemberita pada Program Petugas Barisan Hadapan Bersatu Melawan Kanser Serviks di IPK Kelantan di sini semalam.

Hadir sama Pemegang Amanah ROSE, Datuk Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Penasihat Teknikal Perubatan ROSE, Profesor Woo Yin Ling.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus