X

Kindly register in order to view this article
!

Singapura catat 178 kes baharu Covid-19

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Singapura mencecah 45,961 kes.
A
A

SINGAPURA - Singapura yang memasuki minggu keempat fasa kedua pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial mengesahkan 178 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dengan perkembangan terkini itu, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di republik berkenaan mencecah 45,961 kes.

Menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini, majoriti kes adalah daripada pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, ada satu kes dalam komuniti ialah seorang rakyat Singapura,” katanya.

MOH juga berkata, wujud satu kes import yang sudah diberikan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Republik itu setakat ini sudah mengeluarkan 96,200 SHN dan 10,800 masih aktif.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 610 daripada kes dicatatkan adalah kes import, 2,051 kes komuniti dan 43,122 sebagai kes penghuni asrama.

Setakat 12 tengah hari semalam, 42,026 atau kira-kira 92 peratus daripada pesakit sudah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.

Sebanyak 192 kes disahkan masih lagi berada di hospital semalam dengan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Menurut kenyataan MOH, 3,539 pesakit yang bergejala atau sihat dari segi klinikal tetapi masih positif dalam ujian Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 26 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Satu kluster baharu dikenal pasti semalam, sebuah asrama dengan empat kes di 53L Tuas South Avenue. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf