X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak sesuai PRU15 sekarang

Gopalakrishnan dan sebahagian daripada 1,000 ahli baharu PKR yang menyerahkan borang di Pusat Khidmat ADUN Tiram, Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) wajar diadakan dalam keadaan stabil, tidak terburu-buru selain mempunyai persiapan secukupnya termasuk tidak membebankan kerajaan atau rakyat.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, S Gopalakrishnan berpendapat, PRU15 tidak sesuai diadakan ketika ini dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik selain masih belum bebas pandemik koronavirus (Covid-19) sepenuhnya.

"Bagaimanapun PKR Johor sedia pada bila-bila masa jika Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam tempoh terdekat. Semua jentera PKR Johor sudah bersiap sedia untuk PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang kemasukan 1,000 ahli baharu PKR di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram di sini hari ini

Gopalakrishnan yang juga ADUN Tiram berkata, pemilihan waktu yang sesuai untuk PRU15 adalah penting bagi memastikan semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan melakukan pemilihan yang tepat.

Dalam pada itu, menurutnya, PKR Johor yangn mempunyai lebih 53,000 ahli menyasarkan kira-kira 20,000 ahli baharu menjelang hujung tahun ini daripada semua lapisan masyarakat.

"Seramai 1,000 ahli baharu yang menyerahkan borang PKR, majoriti mereka adalah anak muda bawah 40 tahun yang tertarik dengan ideologi perjuangan parti dan ketokohan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka menganggap Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin berprinsip yang sentiasa memperjuangkan antaranya kebebasan, agenda reformasi, pendidikan, kemiskinan dan ekonomi," katanya.

Katanya, faktor Anwar sangat kuat lebih-lebih lagi beliau menjadi calon terbaharu Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri kesembilan jika menang PRU15.

Mengenai berita ahli-ahli PKR seluruh negara yang mengisytiharkan keluar parti baru-baru ini, beliau berkata, perkembangan itu adalah tidak benar dan hanya dipropagandakan pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

"Jika benar ramai keluar parti, mampukah orang-orang berkenaan mengeluarkan senarai nama serta nombor keahlian mereka," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus