Syarikat multinasional di AS, China minat pindah operasi ke Johor

Ir Hasni (depan dua, kanan) diiringi Exco Pelancongan, Belia & Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (depan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd, Datuk Mohd Noorazam Osman (depan tiga, kanan) melihat replika Kompleks Sukan Sukan Johor @ Stadium Olahraga dan Rugbi ketika mengadakan lawatan rasmi ke stadium itu di Taman Mount Austin hari ini.

A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menerima pertanyaan daripada beberapa syarikat multinasional termasuk yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan China yang berminat untuk memindahkan operasi ke negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata syarikat-syarikat di AS dan China itu terlibat dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata, mereka berminat untuk memindahkan operasi ke Johor selepas mengetahui mengenai pembangunan pelbagai projek-projek besar, sekali gus memberi mereka keyakinan dari segi infrastruktur.

“Ada beberapa pertanyaan oleh syarikat multinasional berpusat di AS dan China itu yang berhasrat untuk memindahkan operasi ke Johor.

“Saya harap kita sudah bersedia kerana apabila pintu sempadan dibuka semula kelak, ini dapat memberi kesempatan untuk pelabur melihat sendiri (kemajuan) Johor,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Jambatan Sungai Pulai di sini hari ini.

Projek jambatan merentasi Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah ke Tanjung Bin di Pontian itu bernilai kira-kira RM700 juta dan dijangka mula beroperasi pada Oktober tahun depan.

Setakat ini, kemajuan kerja-kerja pembinaan jambatan telah pun mencapai 34 peratus dan apabila siap sepenuhnya dapat memendekkan masa perjalanan penduduk Pontian ke Johor Bahru kepada hanya 15 minit.- Bernama

Artikel Berkaitan: