X

Kindly register in order to view this article
!

'Pengurusan van jenazah jangan susahkan waris si mati'

Chee Heng terharu kerana ramai memberi sumbangan untuk mengumpul dana membeli van jenazah. - Foto Facebook Chee Heng
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang melahirkan rasa kecewa terhadap pengurusan van jenazah di sebuah surau hingga memberi kesulitan kepada waris si mati.

Luahan itu dikongsi menerusi Facebook rasminya selepas membantu sebuah keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk menguruskan jenazah bapa termasuk menyewa van jenazah.

Menurutnya, van jenazah adalah milik orang ramai dan sewajarnya kunci van tersebut disimpan di tempat yang mudah dicari bagi menggelakkan kesulitan di kemudian hari.

"Kunci van jenazah, letak dalam balang di dalam surau supaya semua boleh guna, bukan kunci van jenazah simpan dan letak bawah bantal...

"Ia menyusahkan waris yang ada urusan jenazah, nak hubungi jam 3 pagi, mencari individu kerana nak cari kunci van.

"Van itu bukan harta kita, ia harta mereka yang meninggal dunia untuk mudahkan mereka ke kubur," katanya.

Paparan Facebook Chee Heng.
Paparan Facebook Chee Heng.

Beliau berkata, van jenazah adalah hasil sumbangan orang ramai dan boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa mengira waktu.

"Justeru pesanan saya kepada pemegang amanah van jenazah agar lebih teliti tentang perkara ini," katanya.

Terdahulu, beliau merupakan Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia berasa terharu apabila inisiatif yang digerakkannya bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah van jenazah mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia.

Chee Heng berkata, sumbangan yang diterimanya itu bukan hanya daripada masyarakat Melayu Islam namun turut melibatkan penderma bangsa lain seperti Cina, India dan Singh.

BILA KAMU LIHAT WARIS TAK MAMPU.... URUSLAH DULU... BIL ITU SERAH PADA KAMI... DI TANGGUNG BERES... INI ADALAH PENENTUAN...

Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, July 11, 2020


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!