ADUN Lembah Jaya menang RM1 juta

Haniza menerima hadiah cabutan SSP BSN bagi bulan Jun 2020 pada 8 Julai. - Foto Facebook Penggerak Komuniti Negara Kapar.
Haniza menerima hadiah cabutan SSP BSN bagi bulan Jun 2020 pada 8 Julai. - Foto Facebook Penggerak Komuniti Negara Kapar.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha tidak menyangka akan memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020.

Kemenangan itu membolehkan beliau yang merupakan bekas Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

Menurutnya, beliau mengetahui memenangi cabutan itu selepas dihubungi pegawai BSN.

"Saya memang tidak sangka nama dan nombor siri SSP saya terpilih dan syukur, Alhamdulillah itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Pertama kali saya membeli SSP ini pada awal tahun 2019 bernilai RM3,000. Sebelum ini saya ada juga tunggu cabutan pada penghujung tahun tapi belum ada rezeki lagi dan tidak sangka pula cabutan bulan lalu menyebelahi saya," katanya.

Haniza (lima dari kanan) semasa melancarkan NOW peringkat Negeri Sembilan di Sendayan hari ini.
Haniza (lima dari kanan) semasa melancarkan NOW peringkat Negeri Sembilan di Sendayan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Nation Of Women (NOW) peringkat Negeri Sembilan di Sendayan dekat sini hari ini.

Haniza berkata, beliau juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian SSP untuk simpanan yang lebih menguntungkan demi masa depan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, cabutan bagi bulan Jun 2020 telah dikendalikan secara langsung dalam Facebook BSN pada 4 Julai.

Dalam keputusan cabutan istimewa BSN SSP itu, Haniza diumumkan sebagai pemenang RM1 juta.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menabung Sijil Simpanan Premium.

Pada 28 Jun lalu selain dipecat dari jawatan disandangnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga melucutkan keahlian Haniza.