PATI Indonesia menyusup keluar ditahan

ATM menahan lima lelaki warga Indonesia yang didapati cuba menyusup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi awal pagi tadi.
ATM menahan lima lelaki warga Indonesia yang didapati cuba menyusup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi awal pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan lima lelaki warga Indonesia yang didapati cuba menyusup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi awal pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, tangkapan kesemua lelaki berusia 23 hingga 40 tahun terbabit dilakukan oleh pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) pada jam 4 pagi selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot menghampiri kampung berkenaan.

Hasil maklumat daripada sistem pengawasan radar kenderaan perisai Gempita oleh Rejimen Kedua Kor Armor Diraja itu, sepasukan anggota 61 RAD digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar kampung berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan, kira-kira 50 meter dari pantai.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam semak dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot terbabit,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI yang ditangkap kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: