Jambatan Sungai Pulai dijangka siap tahun depan

Projek pembinaan jambatan Sungai Pulai sedang berjalan.
Projek pembinaan jambatan Sungai Pulai sedang berjalan.
A
A
A

SKANDAR PUTERI - Kerja-kerja pembinaan jambatan Sungai Pulai sepanjang 7.5km menghubungkan Gelang Patah ke Tanjung Bin dijangka siap pada Oktober tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pembinaan jambatan bernilai kira-kira RM700 juta hasil kerjasama kerajaan negeri dengan pihak swasta itu kini telah mencapai kemajuan projek sebanyak 37 peratus.

"Projek jambatan Sungai Pulai ini adalah sebuah projek yang memberi inspirasi kepada rakyat terutama penduduk di Pontian, Gelang Patah dan kawasan Johor Bahru.

"Perjalanan penduduk di Pontian untuk ke Johor Bahru yang memakan masa sejam akan dipendekkan kepada 15 minit sahaja apabila jambatan Sungai Pulai siap kelak," katanya.

Hasni (tengah) melawat tapak pembinaan jambatan Sungai Pulai hari ini.
Hasni (tengah) melawat tapak pembinaan jambatan Sungai Pulai hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Projek Sungai Pulai di Gelang Patah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri.

Sementara itu, Che Khalib berkata, pembinaan jambatan Sungai Pulai adalah sebahagian daripada pembangunan perindustrian Tanjung Bin yang dimajukan Seaport Worldwide Sdn Bhd, ahli kumpulan MMC sebagai pemaju induk di atas tanah seluas 913 hektar.

Artikel Berkaitan:

Projek pembinaan jambatan Sungai Pulai sedang berjalan.
Projek pembinaan jambatan Sungai Pulai sedang berjalan.

"Pembinaan jambatan Sungai Pulai tetap diteruskan mengikut jadual ditetapkan biarpun wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara ini.

"Kerja-kerja pembinaan ini tetap diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kawalan ketat dan pematuhan secara maksimum terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja," katanya.