X

Kindly register in order to view this article
!

1.9 juta penduduk Kelantan bakal dibanci

Zuraidy (dua dari kiri) turut membantu responden memahami proses bancian menggunakan kaedah e-Census ketika mengadakan bancian di Kampung Chicha hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Perangkaan Malaysia Kelantan akan menjalankan bancian membabitkan 1.9 juta populasi penduduk di negeri ini secara dua fasa bermula 7 Julai lalu.

Pengarahnya, Zuraidy Zainal Abidin berkata, sehingga semalam seramai 3,000 penduduk di Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh dan Tanah Merah dibanci.

"Bancian di Kelantan melibatkan 408,000 kediaman, 359.5 ribu isi rumah, 5.2 orang purata ahli isi rumah, 11 daerah pentadbiran, 50 daerah banci dan 4,398 blok penghitungan," katanya.

Menurutnya, bancian fasa pertama adalah menggunakan kaedah pengumpulan data secara dalam talian (e-Census) yang bermula pada 7 Julai hingga 30 September manakala fasa kedua bermula 7 Julai hingga 24 Oktober pula menerusi secara bersemuka.

“Bagi fasa pertama, kami menyasarkan bancian secara e-Census terhadap 30,000 tempat kediaman iaitu kira-kira 6 peratus dari tempat kediaman di negeri Kelantan.

“Penduduk yang menerima poskad dari jabatan mempunyai tempoh tiga bulan untuk menjawab 108 soalan yang diberikan dan sekiranya tidak berjaya lengkapkan, kami akan membantu secara bersemuka,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau bersama pegawai perangkaan mengadakan bancian fasa pertama di Kampung Chicha di sini.

Zuraidy mengharapkan rakyat negeri ini memberikan kerjasama kerana proses bancian itu sangat penting bagi mendapatkan stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif sehingga ke peringkat geografi terkecil dalam membantu pembentukan dasar oleh kerajaan.

"Dalam melaksanakan peranan jabatan, kami turut menjalankan bancian terhadap 150,000 masyarakat orang asli di negeri ini.

“Disebabkan kekangan capaian internet di beberapa kawasan penempatan orang asli maka kami akan menjalankan bancian secara bersemuka kerana kita mahu semua penduduk dibanci,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraidy berkata, seramai 85 kekuatan anggota terlibat dalam menjalankan bancian untuk fasa pertama manakala fasa kedua membabitkan 5,200 penyelia dan pegawai pembanci memandangkan kawasan lebih luas.

'Sebagai peringatan keselamatan kepada penduduk pegawai bancian yang menjalankan bancian akan membawa kad pengenalan pembanci serta surat iringan operasi kerja luar yang menerangkan tujuan banci dilaksanakan.

“Sekiranya curiga, penduduk boleh menghubungi hotline Banci 2020 iaitu 1-800-88-7720 atau merujuk pautan www.mycencus.gov.my dan facebook @MyCencus2020,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!