Dua pengarah syarikat, ejen insurans direman tiga hari

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang ejen insurans wanita bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Perintah reman tiga hari itu dikeluarkan Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Jumaat itu rentetan tindakan SPRM menahan pengarah syarikat berusia 44 dan 51 selain ejen insuran wanita berusia 29 tahun selepas mereka hadir memberi keterangan di pejabat SPRM semalam.

Berdasarkan laporan sebelum ini, sumber memaklumkan, ketiga-tiga suspek disyaki menerima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berhubung pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Sumber juga memberitahu, ketiga-tiga suspek juga disyaki terlibat dalam salah guna kuasa ke atas dana syarikat untuk kepentingan peribadi.

Sementara itu dalam kes berasingan seorang bekas pengurus kanan produk sebuah syarikat turut direman tiha hari bagi siasatan berkaitan kes menerima suapan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta, hari ini.

Perintah reman itu juga berakhir Jumaat ini untuk SPRM meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 40 tahun yang ditahan kira-kira jam 4.35 petang semalam.

Dilaporkan siasatan awal mendapati suspek telah menerima suapan bernilai lebih RM2 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: